Khamis, 24 September 2009

TEMUDUGA

SEMUA DI KEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN :

a. Ahli Syurga Dari Awal
b. Ahli Neraka Dari Awal
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga

EMPAT GANJARAN LUMAYAN :
(khas untuk jawatan A ):

1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Kesselamatan meniti titian sirat
4. Syurga yang kekal abadi

TARIKH TEMUDUGA :

Bila-bila masa secara langsung ataupun tidak langsung, bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :

Di dalam kubur (alam barzakh)

KELAYAKAN :

- Anda tidak perlu bawa sijil
- Anda tidak perlu bawa pingat
- Anda tidak perlu bawa eang atau harta(yang banyak)
- Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi

Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA :

Mungkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR :

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Dimana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi ).
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :
Sabda Rasullullah s.a.w :

“sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakan di dalam kuburnya, sesungguhnyajenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim,maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di duniaakan diletakan di kepalanya, puasanya diletakan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan disebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakan di hujung kedua kakinya.

Dia kan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian Malaikat berpindah kesebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amalkebajikan : dibahagian ku tiada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya :

Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam,

lalu malaikat bertanya kepada mayat itu :

Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu :

Tinggalkan aku sebentar, aku hendah sembahyang.

Maka malaikat berkata :

Sesungguhnya engkau akan mengerjakan soalt ( boleh saja solat ) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kau kepadanya?

Maka berkata mayat itu :

Laki-laki itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu ialah pensuruh Allah s.w.t yang membawa kebenaran daripada Allah s.w.t.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu :

Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya’Allah.

Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanyaitulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada didalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya 70 hasta dan disinari cahaya baginya”

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala ,kanan,kiri dan hujung kaki).

Wallahu-a’lam.
Semoga Berjaya dalam temuduga ini…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan