Ahad, 10 Oktober 2010

Ahad, 26 September 2010

Kehidupan & Kehilangan


Assalammualaikum….

Hidup ini merupakan sebuah persinggahan….
Hari ini ,esok atau lusa,pasti kita akan meninggalkanya….
Hari ini aku menatap sebuah photo senior ku yang telah pulang kerahmatullah..
Bila mengingatkan semua itu ,kerisauan telah bertandang di benak ku….
Bagaimanakah agaknya jika kita yang pergi….
Pergi buat selamanya….
Namun kita juga tahu,ajal maut tu di tangan Tuhan….
Apa yang mampu kita lakukan hanyalah ;
Beribadat seperti esok telah tiada,
Berusaha bagaikan kita akan hidup untuk seribu tahun lagi diatas apa yang kita usahakan…
Insyaallah…
Al-fatihah untuk arwah sahabat saya Megat dan Kak finazs…

Jumaat, 19 Februari 2010

Belajar Ilmu Ikhlas



"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"


Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."


Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.


"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.


Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.
Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.



Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Source*:www.iluvislam.com
Oleh: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Editor:NuurZaffan

Ahad, 24 Januari 2010

Sebuah Rintihan....


Ya Allah...

Kau ampunilah dosa semalam ku...
Sesungguhnya, ku sedar diri ini terlalu jauh menyimpang dari jalan Mu,
dari jalan yang Engkau redhai.
Namun, masih adakah ruang taubat untuk ku...

Ya Allah...

Sesungguhnya engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...
Aku pasti, pintu taubat masih terbuka untuk ku.
Namun mampukah aku untuk meninggalkan masa silam ku?...

Ya Allah...

Aku hidup dengan kehendak Mu,
Dan aku akan mati juga dengan kehendak Mu.
Tetapi Ya Allah, berilah aku peluang untuk bertaubat kepada Mu
sebelum aku menghadap Mu kembali...

Ya Allah...

Mungkin semalam aku ego dengan kehidupan ku,
selalu sahaja mengeluh dengan apa yang terjadi.
Mungkin semalam aku terlupa Engkaulah Pencipta ku,
selalu sahaja meninggalkan suruhanMu.
Mungkin semalam aku lalai dari mengingati Mu,
selalu sahaja memikirkan hal-hal dunia.
Mungkin semalam aku terlanjur ,
mengingati manusia ciptaan Mu lebih dari mengingati Mu.
Terlalu banyak kemungkinan yang aku lakukan sehingga aku semakin jauh dari Mu, Ya Allah...

Ya Allah...

Kini aku sedar,siapa diri ini,
Tidak lebih dari seorang yang hina di sisi Mu Ya Allah, yang wujud dari setitis air mani yang hina...
Aku lupa Engkaulah Pencipta ku...
Aku lupa Enkaulah Ya Rabb ku...

Ya Allah...

Bukakanlah pintu taubat seluas-luasnya untuk ku...
sesungguhnya, hanya kepada Engkaulah aku bermohon dan aku menyembah...
Sesungguhnya, hanya kepada Engkaulah aku kan kembali...
Kembali meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ini...

Ya Allah...

Terimalah taubat ku ini......

Aminnnn....