Ahad, 13 Mac 2011

Kuasa Allah S.W.T tiada batasnya...


salam...

Tiada apa yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa kepada Allah s.w.t agar saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan atau ditimpa oleh bencana agar beroleh ketabahan didalam hati mereka dan diringankan bebanan yang mereka tanggungi...
Sekali lagi kita diperingatkan olehNYA, sehebat mana pun kita pasti kita tidak boleh lari dari ketentuanNYA... Jika hari ini kita merasakan diri kita sudah cukup baik dan cukup pandai dalam apa jua perkara yang kita lakukan, marilah bersama kita bermuhasah diri... agar diri kita tidak dikategorikan sebagai orang2 yang sombong dan lupa diri disatas nikmat yang telah Allah s.w.t berikan... InsyaAllah...


GAMBAR di sebelah adalah gambar dari udara oleh helikopter Jabatan Pertahanan Awam Jepun hari ini menunjukkan hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Kyodo

Sabtu, 12 Mac 2011

Andai...


dapat ku undurkan putaran dunia, pasti akan ku bawa semula putaran ke masa silam ku... namun apa kan daya inilah fitrah kehidupan... masa akan terus berlalu meninggalkan kita, dunia akan terus berputar pada paksinya... berandai-andai juga memperlihatkan kita seperti tidak meredhai akan ketentuanNYA... maka biarkanlah dunia ini terus berputar, biarlah masa terus berlalu... apa yang kita perlu lakukan hanyalah berusaha dan bertaqwakal agar tidak sia2 dunia ini berputar dan agar tidak pula ditinggalkan oleh waktu yang kian pantas berlalu di hujung zaman ini... Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah pemilik sekalian alam, pemilik dunia dan waktu yang senantiasa berputar tanpa henti, jadikanlah amalan kami, amalan yang diterima oleh MU dan bukannya amalan-amalan yang sia2 belaka...amennn

* ngah risau akan kehidupan yang kian sibuk & kadang-kala melalaikan...

Jumaat, 11 Mac 2011

jalan-jalan...



Salam semua...

jalan-jalan yang sy maksudkan diatas bukanlah jalan gi shopping atau tempat peranginan...hehe tetapi perjalanan yang cukup mengkhayalkan iaitu berjalan dialam maya ni... ade sesetengah orang kata, alam maya ni tanpa sempadan...ye ke? ermmm...tapi ape2 pun kalu ade sempadan sekali pun kita lah yang kene menilai sempadan yang terbaik buat diri kita kan...
ermmm...saje nak berkongsi dengan sahabat2 semua dengan apa yang saya temui disepanjang perjalanan sy tadi... tengah asyik2 berjalan-jalan dialam maya ni, saya terjumpa sebuah kata2 yang cukup menarik untuk direnung2kan buat kita semua... biasalah, apabila sesuatu yang berkaitan perasaan, rasa tertarik tu akan terus muncul walaupun tak dipanggil...hehehe kata2 ni ditulis oleh seorang penulis novel yang terkenal... yang saya ingat novelnye bertajuk Tautan Hati... orang kata novel ni best, orang katalah...tapi saya pun tak bace lagi...hehehe

nilah kata2nye tu :)

“ Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan,
Mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif ‘taaruf’ dan ’serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,
Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.”

- Fatimah Syarha Mohd. Noordin

* Makan dalam ni...hehehe

Khamis, 10 Mac 2011

Berdebo-debo...



Adoiyai, oh koloqium, oh my thesis... hanya itu yang mampu teman katekan... macam2 rasenye ni, berdebo-debo pun ade, tak sabo pun ade... hahaha(terpoyo seketika)
3 minggu lagi ... berdebo-debo untuk present, tak sabo nak habis present...hehehe
Ya Allah kuatkanlah semangat hambaMu ini... Titipkanlah kesabaran dihatinya...

Rabu, 9 Mac 2011

Alhamdulillah...



Setelah kian lama, akhirnya saya berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu dihalaman yang telah lama sepi ini... Terlalu rindu rasanye pada halaman ini... Namun apekan daya untuk mencuri sedikit masa terlalu sukar ketika ini... kepada sahabat2 yang lain, semoga anda semua senantiasa berbahagia dan sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada-NYA... Tanpa baraqah dariNYA maka sia2lah setiap apa yang kita usahakan... semoga tiada erti putus asa didalam hati kita semua dalam usaha memperjuangkan agamaNYA... Senyumlah tanda puas, namun tidak bermakna kita terhenti disitu, teruslah berusaha agar kita akan terus tersenyum ketika melalui hari2 yang mendatang... Keikhlasan sebuah perjuangan... Biar mendung bagaimana pun hari yang kita lalui, ape nak kisah...Allah kan ade... salam untuk semua...