Jumaat, 11 Mac 2011

jalan-jalan...



Salam semua...

jalan-jalan yang sy maksudkan diatas bukanlah jalan gi shopping atau tempat peranginan...hehe tetapi perjalanan yang cukup mengkhayalkan iaitu berjalan dialam maya ni... ade sesetengah orang kata, alam maya ni tanpa sempadan...ye ke? ermmm...tapi ape2 pun kalu ade sempadan sekali pun kita lah yang kene menilai sempadan yang terbaik buat diri kita kan...
ermmm...saje nak berkongsi dengan sahabat2 semua dengan apa yang saya temui disepanjang perjalanan sy tadi... tengah asyik2 berjalan-jalan dialam maya ni, saya terjumpa sebuah kata2 yang cukup menarik untuk direnung2kan buat kita semua... biasalah, apabila sesuatu yang berkaitan perasaan, rasa tertarik tu akan terus muncul walaupun tak dipanggil...hehehe kata2 ni ditulis oleh seorang penulis novel yang terkenal... yang saya ingat novelnye bertajuk Tautan Hati... orang kata novel ni best, orang katalah...tapi saya pun tak bace lagi...hehehe

nilah kata2nye tu :)

“ Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan,
Mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan,
Mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif ‘taaruf’ dan ’serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah,
Batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.”

- Fatimah Syarha Mohd. Noordin

* Makan dalam ni...hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan