Ahad, 11 Oktober 2009

Mengejar seuatu yang tidak pasti...



Hari ini, kian berlalu...
Hari semalam telah berlalu...
Hari kelmarin, telah menjadi sejarah...
Hari esok sesuatu yang tidak pasti...

namun, tatkala memikirkan masa yang kian berlalu ini, hati ini tertanya-tanya kepada sang diri:

hati : kemanakah hala tuju sebenar dirimu

diri : Mengejar cita-cita ku

hati : apakah cita-cita mu?

diri : untuk mengecapi sebuah kejayaan...

hati : kejayaan yang bagaimanakah yang engkau maksudkan wahai diri?

diri : kejayaan yang bisa membuatkan aku menjadi seorang hamba Allah yang beriman,

anak yang soleh, seorang insan yang berguna kepada orang lain...

hati : bisakah kamu memperolehinya wahai diri?

sedangkan diwaktu orang lain berusaha engkau tidur di katil mu...

Disaat Orang lain menyembah Maha Pencipta,engkau hanyut dibuai kelalaian

dunia.

Disaat orang lain mengingati Allah s.w.t,engkau mengingati mahkluk

ciptaan-Nya.

Disaat orang lain mengingati mati,engkau sibuk mengingati dunia.

Disaat orang lain berzikir kepada Allah s.w.t,engkau sibuk mengumpat saudara

mu.

Sewaktu orang lain menjalankan tugas sebagai seorang hamba Allah s.w.t,

engkau hanya melihat tanpa ada rasa sekelumit kesal dan insaf pun.

Adakah engkau mampu mencapai cita-cita engkau dengan keadaan engkau sekarang

ni?

diri : benarkah itu semua yang aku lakukan?

hati : adakah engkau tidak menyedarinya atau engkau sengaja untuk tidak menyedarinya?

diri : entahlah, aku sendiri tidak pasti.

hati : jadi, apa sebenarnya yang engkau cari?

diri : Aku sendiri tidak pasti. Akal sihat ku mengatakan seperti yang aku

cita-citakan. tetapi nafsu ku selalu menyuruh ku mengejar semua yang ada

didepan ku tanpa berfikir panjang, walaupun apa yang aku kejar itu sesuatu

yang tidak pasti.

hati : mengejar sesuatu yang tak pasti itu umpama berjalan di jalan yang gelap

gelita. bila2 masa sahaja kau akan terjatuh.

diri : jadi, bagaimana harus aku lakukan?

hati : Kembalilah kejalan-Nya, selalulah muhasabah diri mu. berilah aku makan selalu

dengan ingatan-ingatan dari Allah s.w.t. Berilah aku makan dengan ilmu yang

bermanfaat. Tanamlah keyakinan yang kukuh didalam diri aku.

diri : Baiklah aku akan cuba kembali. Ya Allah, Engkau tunjukanlah aku jalan yang

lurus, jalan yang kau redhai.Aminnn...

3 ulasan:

  1. suka entry ini..
    mengingatkan diri ini
    trimas ya

    BalasPadam
  2. terjumpa... suka dialog nie... berlaku tanpa kita sedari... mohon di kongsikan... TQ.

    BalasPadam