Rabu, 30 September 2009

Untukku Dan Mereka Yang Bergelar Pemuda

Aku, engkau dan kami adalah aset yang berguna untuk masyarakat, kitalah pemimpin di masa hadapan. Kitalah generasi pengubah dan pendidik masyarakat.

Penuhilah diri kamu dengan ilmu dan akhlak, untuk bekalanmu dalam memimpin generasi masa depan. Maka aku ingin menasihati diriku dan mereka yang sewaktu denganku,

1.Taatilah Allah dan RasulNya dan jauhilah apa yang dilarangnya.

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ” سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله ، إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله ، ورجل قلبه معلق بالمساجد ، ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ، ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله . ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ، ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه ” متفق عليه

Dari Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda ”Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :- Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya. [Muttafaqun Alaih]

Sabda Rasul Allah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum kepada pemuda/remaja (termasuk pemudi) yang tidak ada (mengalami) keruntuhan akhlak/moral pada dirinya”.(HR. Ahmad & Abu Ya’la).

2. Ambillah segala kesempatan di zaman mudamu ini dengan memenuhi setiap masa lapangmu dengan ilmu.

قال النبي صلى الله عليه وسلم . : إغتنم خمسا قبل خمس : (1) شبابك قبل هرمك . (2) وصحتك قبل سقمك . (3) وغناك قبل فقرك . (4) وفراغك قبل شغلك . (5) وحياتك قبل موتك رواه الحاكم في المستدرك،341،4، من حديث إبن عباس رضي الله عنهما

Sabda Rasulullah yang bermaksud : ”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa mudamu sebelum datang masa tuamu. Kedua : masa sihatmu sebelum sakitmu. Ketiga : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)mu. Keempat : masa lapang sebelum tiba masa sibukmu. dan kelima masa hidupmu sebelum tiba masa matimu.” (riwayat al-Hakim dalam Mustadraknya). Hadis Ibnu Abbas r.anh.

3. Jagalah kehormatan dirimu dan jauhilah zina.


يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِيعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وَجَاءٌ». رواه البخاري ومسلم

“Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginyabenteng nafsu” .(Hadith riwayat Muslim).

Pemuda dan Dakwah Islam.

قال صلى الله عليه وسلم ” أوصيكم بالشباب خيراً. فإنهم أرق أفئدة.. لقد بعثني الله بالحنيفية السمحة.. فحالفني الشباب وخالفني الشيوخ “. رواه البخاري

Rasul Allah saw. bersabda : ”Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” [Riwayat Bukhari].

Rasul Allah SAW berumur 40 tahun ketika wahyu diturunkan, dan ketika itu umurnya mencapai kesempurnaan pemuda. Begitu juga khulafa yang empat, dan Ali merupakan pemuda yang paling muda antara mereka. Dan disusuli oleh baki 6 pemuda lain yang dijanjikan syurga. Dan baki sahabat-sahabat baginda yang lain.

Duhai pemudaku, mereka ini ialah generasi pertama dalam penyebaran dakwah Islam. Kalian semua mengetahui dari buku-buku sejarah, bahawa dua empayar besar, Rom dan Parsi jatuh menyembah bumi, tunduk pada keadilan Islam di tangan mereka.

Begitu juga dengan Syam, Mesir, Tripoli, Damsyik dan Maghribi, semuanya tunduk di bawah tangan pemuda Islam. Dan dakwah ini tersebar hampir 2/3 dunia meliputi Sepanyol yang terletak di Barat Eropah, sebahagian besar India, Turkistan dan sempadan China di Timur sehingga seorang Khalifah Abbasiyah, Harun Al-Rasyid berkata kepada awan ”Turunlah di mana sahaja kamu mahu, sesungguhnya hasil keluaranmu akan kembali kepada kami“.

Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan untuk syahid para pemuda hasil didikan Rasul SAW.

Ya Allah, sediakan bagi umat ini, para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu dari kami. Orang-orang yang menjaga ilmu-ilmu warisan Nabi kami, mengembalikan daulah Kami, kemuliaan dan keagungan ummat Kami.

Kita dan pemuda.

Hari ini masjid kita tidak mesra pemuda. Masjid kita meminggirkan orang muda, bahkan kanak-kanak. Masjid kita barangkali hanya untuk orang-orang tua atau dalam ertikata lain ”daun yang bakal layu esok hari“.

Kita tinggalkan anak-anak kita di belakang saf dengan dunia mereka sewaktu kita berjumpa Allah. Malah yang lebih teruk, ada “lebai” yang tinggalkan anaknya di rumah. Si ayah alim dan hebat di masjid, tetapi dalam waktu yang sama lupa pada anaknya di rumah.

Kita sering bicara hal-hal lain, tetapi jarang sekali kita bicara tentang masalah pemuda, tentang keruntuhan akhlak di kalangan pemuda kita. Usahkan berdiskusi tentang masalah pemuda, kita biarkan mereka hanyut dengan dunia mereka dan kita dengan dunia kita sehingga wujud perbezaan ketara antara golongan tua dan muda.

Ada ayah yang menegur anak-anak mereka, tapi mereka ego dengan umur dan pengalaman mereka. Remaja yang menegur golongan tua dikatakan kurang ajar. Golongan muda dan tua tiada bezanya, kecuali umur mereka sahaja.

Remaja berbuat maksiat dapat dosa, dan golongan tua berbuat maksiat juga dapat dosa. Tapi benarkah kita, golongan tua mampu ditegur oleh golongan muda, dan mampu menerima saranan dan cadangan dari orang muda?.

Anda boleh lihat sendiri kehadiran pemuda kita di masjid, di kuliah-kuliah ilmu dan sebagainya. Mari berkawan dengan pemuda kalian. Mari kita bina generasi pewaris dari pemuda kita.

Akhir kata, aku ingin tanya ”ayah-ayah" dan ”golongan tua” yang membaca postku ini.

-Sejauh mana penglibatan anak-anak kalian dalam hidup kalian?
-Berapa kerapkah kalian membincangkan tentang masalah pemuda, berkongsi masalah dan pandangan dengan anak-anak remaja kalian?


Untuk pemuda, mari kita jadi pemuda tua yang tua dari segi ilmu dan pengalamannya menandingi manusia seusia dengannya. Rajin-rajinkan bersama dengan orang-orang tua yang berilmu, untuk kita dapatkan pengalaman mereka dan ilmu mereka.

~Bersama kita bina generasi pewaris~

*sumber : www.iluvislam.com
oleh: pemudatua
Editor: deynarashid

Khamis, 24 September 2009

TEMUDUGA

SEMUA DI KEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN :

a. Ahli Syurga Dari Awal
b. Ahli Neraka Dari Awal
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga

EMPAT GANJARAN LUMAYAN :
(khas untuk jawatan A ):

1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Kesselamatan meniti titian sirat
4. Syurga yang kekal abadi

TARIKH TEMUDUGA :

Bila-bila masa secara langsung ataupun tidak langsung, bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :

Di dalam kubur (alam barzakh)

KELAYAKAN :

- Anda tidak perlu bawa sijil
- Anda tidak perlu bawa pingat
- Anda tidak perlu bawa eang atau harta(yang banyak)
- Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi

Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA :

Mungkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR :

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Dimana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi ).
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :
Sabda Rasullullah s.a.w :

“sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakan di dalam kuburnya, sesungguhnyajenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim,maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di duniaakan diletakan di kepalanya, puasanya diletakan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan disebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakan di hujung kedua kakinya.

Dia kan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian Malaikat berpindah kesebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amalkebajikan : dibahagian ku tiada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya :

Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam,

lalu malaikat bertanya kepada mayat itu :

Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu :

Tinggalkan aku sebentar, aku hendah sembahyang.

Maka malaikat berkata :

Sesungguhnya engkau akan mengerjakan soalt ( boleh saja solat ) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kau kepadanya?

Maka berkata mayat itu :

Laki-laki itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu ialah pensuruh Allah s.w.t yang membawa kebenaran daripada Allah s.w.t.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu :

Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya’Allah.

Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanyaitulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada didalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya 70 hasta dan disinari cahaya baginya”

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala ,kanan,kiri dan hujung kaki).

Wallahu-a’lam.
Semoga Berjaya dalam temuduga ini…

Rabu, 16 September 2009

ISLAM SEBAGAI AD-DIN

Allah telah memberi pengakuan bahawa Islam adalah agama yang diredai Nya dan amat sesuai dijadikan panduan dan ikutan kepada manusia.Islam adalah agama yang berbeza dengan agama-agama lain.Islam merupakan al-Din iaitu suatu cara hidup manusia.Apabila Islam itu dinobatkan suatu cara hidup manusia ini bermakna Islam meletakkan beberapa garis panduan dan peraturan hidup dalam memandu kehidupan manusia.Jadi manusia hendaklah mengikuti budaya hidup Islam.

Mana-mana budaya atau cara hidup yang tidak diakui oleh Islam maka cara hidup yang sedemikian adalah batil dan tidak boleh menjamin kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.Begitu juga dengan adat-adat yang diguna pakai oleh sebilangan masyarakat hari ini.Kalau adat-adat yang diamalkan sejak nenek moyang kita itu menyeleweng dari landasan Islam maka adat-adat tersebut tidak boleh dipakai dan dilarang oleh Islam.

Bila Islam itu dijadikan cara hidup,adakah hidup kita ini mengikut Islam?.Cuba kita renung sejenak,adakah cara kita menguruskan diri kita ,rumahtangga kita mengikut Islam?.Adakah hubungan social kita hari ini berpaksikan Islam?.Ini semua perlu kita kaji balik untuk mendapat jawapan yang baik kerana jika berlaku kepincangan dalam pengurusan kita ini bermakna cara yang kita gunakan adalah salah dan lari daripada kehendak Islam.

Kita sudah nampak mana-mana masyarakat yang ada di dunia hari ini yang tidak meletakkan Islam sebagai cara hidup pastinya akan kucar kacir,porak –peranda,terjerumus dalam kehancuran dan gagal meletakkan manusia dalam kesejahteraan.Oleh yang demikian sebagai muslim mukmin kepada Allah S.W.T,sewajarnyalah menerima cara hidup Islam dalam mengatur corak hidup manusia.

Allah S.W.T telah menegaskan bahawa Dialah telah sempurnakan kepada umat manusia agama Islam sebagai cara hidup manusia.FirmanNya yang berbunyi:

" Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu iaitu Islam dan Aku kurniakan nikmat kepada kamu dan Aku reda Islam itu agama kamu.

( Surah al-Maidah ayat : 3)

Sehubungan dengan itu,cara kita menguruskan diri kita, anak-anak kita serta masyarakat dan sebagainya mestilah berjalan sejajar dengan prinsip hidup Islam.Sebagai contohnya,seorang suami yang juga ketua keluarga wajib memelihara ahli keluarga dan mengajar agama Islam dan cara hidup Islam agar kita semua selamat di akhirat nanti sebagaimana firman Allah S.W.T

" Wahai orang –orang yang beriman peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari seksaan api neraka.

( Surah al-Tahrim ayat: 6 )

Dalam pada itu Islam telah memberitahu manusia bahawa suatu hari nanti mereka akan dibangkitkan selepas mati untuk menerima pembalasan dari apa yang mereka lakukan di dunia.Oleh yang demikian Islam telah memberi pengakuan dan jaminan bahawa manusia yang beragama Islam dan beriman dengan segala Rukun Islam dan Rukun Iman akan mendapat nikmat Syurga yang Allah S.W.T janjikan kepada manusia.

Pengikut-pengikut agama lain selain agama Islam tidak mendapat nikmat kebahagian malah mendapat azab seksaan api neraka.Firman Allah.

:" Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh sesungguhnya bagi mereka Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai………."

( Surah al-Baqarah ayat : 25 )

Justeru itu Allah S.W.T mengutuskan Rasulullah S.A.W dengan bimbingan al-Quran untuk menjadi panduan hidup manusia di mana Allah S.W.T tidak menzalimi manusia dan makhlukNya tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri sendiri.

Dalam hubungan sosial kita,Islam meletakkan asas-asas kukuh dalam pergaulan hidup manusia seharian.Batasan-batasan pergaulan antara lelaki dengan perempuan telah digariskan oleh Islam agar manusia tidak melakukan dosa dan melanggar syariat hukum Allah S.W.T.

Sudah jelas kepada kita,sekiranya pergaulan hidup kita dipengaruhi oleh budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan Islam contohnya cara hidup barat yang sesat pasti masyarakat yang mengikutnya menjadi macam mereka yang diikuti baik cara berpakaian ,cara bercakap,adab dan tingkahlaku, muamalat ,social dan seumpamanya.

Inilah yang terjadi kepada generasi kita hari ini yang terpengaruh dengan cara hidup barat yang liar yang tidak diharuskan oleh Islam.Masalah gejala social seperti zina,bohsia,budaya lepak ,anak luar nikah,masalah dadah ,arak,judi dan sebagainya adalah berpunca daripada sikap tidak ingin menjadikan Islam sebagai cara hidup serta tiada bimbingan hidup Islam.

Cuba kita lihat corak hidup Islam yang dipraktikkan oleh Baginda S.A.W di Madinah.Apabila masyarakat Madinah pada masa itu hidup dalam lingkungan roh Islam dan menjadikan Islam cara hidup manusia,maka kita dapati masyarakat itu hidup aman damai,mentauhidkan Allah S.W.T,hidup bekerjasama,tidak wujud perkara-perkara yang menyalahi peraturan Islam.Bahkan kalau ada perkara yang mungkar terus ditegah dan dijatuhkan hukuman dengan tujuan mendapat keredaan Allah S.W.T supaya di akhirat kelak mendapat keampunan dan rahmat Allah S.W.T kerana kebahagian yang hakiki ialah hidup manusia di akhirat.

Sebagai agama yang menjadi tunjang asas kehidupan manusia dan yang mencorak kehidupan manusia,Islam telah menyatakan dan menerangkan sesuatu itu sama ada halal atau haram.Ini bertujuan untuk mengelakkan manusia terjerumus dalam kehinaan.Sabda Rasulullah S.A.W

" Sesungguhnya yang halal itu nyata dan haram itu nyata…………."

Kalau dibandingkan dengan ajaran-ajaran agama lain,ternyata jauh berbeza dengan ajaran agama Islam dari segi hukum hakam,soal pergaulan hidup masyarakat.Ajaran agama yang lain tidak menekankan soal halal dan haram.Sebagai contnya,riba,rasuah,pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan,soal makan minum dan sebagainya tidak ada undang-undang yang boleh memberi manfaat kepada manusia.Islam menetapkan sesuatu itu halal atau haram kerana Islam ingin menyelamatkan akidah manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan dosa yang tidak dapat membawa manusia mencari jalan yang benar.

Jelaslah apa yang disyariatkan oleh Islam adalah semata –mata untuk membawa manusia hidup sejahtera dan kita selalu berdoa siang dan malam untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.Firman Allah S.W.T

" Dan di antara mereka yang berkata, Wahai Tuahanku kurniakanlah kami kebaikkan di dunia dan di akhirat dan lindungilah kami dari seksaan api neraka.

( Surah al- Baqarah ayat:201 )

Cara hidup yang dianjurkan oleh Islam adalah yang terbaik dan terindah yang tiada tolak bandingnya dengan ajaran-ajaran agama lain.Semasa zaman jahiliyyah dahulu, kita dapati masyarakat hidup dengan tiada nilai-nilai murni,tiada kesejahteraan hidup,tiada jaminan untuk mengecap kebahagian, hidup dalam ketakutan,huru hara,maksiat berleluasa dan sebagainya.Kita dapati yang kaya berkuasa,yang miskin dijadikan hamba abdi,yang kuat menindas yang lemah,yang berkuasa membuat kejahatan dibiarkan tetapi yang miskin membuat kejahatan diseksa.Ini berlaku adalah kerana tidak ada panduan hidup yang hakiki dan setiap puak ada undang-undang tersendiri yang boleh dipinda-pinda mengikut hawa nafsu mereka.

Apabila datang agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W,Islam mengubah corak hidup manusia kepada cara hidup berasaskan agama Islam yang meletakkan asas akidah kepada Allah S.W.T dan akhlak Islam sebagai pakaian hidup orang Islam.

Islam menyatakan bahawa semua manusia sama sahaja kecuali orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah sebagaimana firmanNya:

" Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah S.W.T ialah yang bertaqwa.

(Surah al-Hujurat ayat:13 )

Islam mengatur hidup manusia dengan penuh bijaksana dan penuh keadilan,mengajar manusia nilai-nilai mulia,mengharamkan penindasan,haramkan maksiat,haramkan syirik kepada Allah S.W.T,menyarankan hidup bersatu padu,tolong menolong dan mewujudkan masyarakat madani yang murni yang mendapat hidayah Allah S.W.T.



*sumber : Buku Islam Agama Yang Indah
oleh Ustaz Mohd Saudi Abdullah

Islam - Agama Yang Indah

Sebaik-baik nikmat kurniaan Allah S.W.T kepada umat manusia ialah Islam.Islam merupakan agama yang mulia dan amat sesuai sekali dengan fitrah semula jadi manusia bagi menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

Islam pada bahasa ialah selamat,sejahtera,aman dan damai.Manakala pada pengertian syarak ialah menyerahkan diri dengan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T semata-mata,tunduk dan patuh kepada segala suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan Allah.S.W.T.

Daripada pengertian di atas,Islam adalah agama yang diredai Allah S.W.T dan Islam adalah agama yang memandu hidup manusia ke arah kesejahteraan dan keredaan hidup di dunia dan kenikmatan hidup di akhirat sebagaimana firman Allah S.W.T.

" Sesungguhnya agama yang diredai Allah S.W.T ialah agama Islam"

(Surah Al-Imran ayat: 19)

Dalam pada itu juga Allah telah menegaskan bahawa agama-agama lain yang wujud di dunia ini selain daripada agama Islam tidak akan mendapat tempat di sisi Allah.Sesiapa yang menganut atau mempercayai agama selain agama Islam maka dia adalah tergolong dalam orang-orang yang rugi dan di akhirat nanti akan mendapat balasan yang amat buruk sekali iaitu neraka jahanam.

Firman Allah S.W.T yang berbunyi:

" Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam maka dia termasuk dalam golongan mereka yang rugi di akhirat nanti"

( Surah Al-Imran ayat: 85 )

Agama-agama lain tidak diterima oleh Allah S.W.T kerana jika diterima,tidak berertilah Allah S.W.T mengutuskan Rasul-rasul untuk mengajar manusia tentang Islam.Jika diterima tidak berertilah Allah S.W.T menjadikan Syurga dan Neraka.Jika diterima tidak bergunalah al-Quran dan al-Hadith.

Islam merupakan agama yang selari dengan fitrah semula jadi manusia dimana setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ini telah mengakui Allah S.W.T sebagai Tuhan yang berhak di sembah.Ini adalah selari dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W :

" Setiap anak yang dilahirkan adalah suci iaitu dalam keadaan Islam (menyerah diri kepada Allah S.W.T).Maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi."

Islam agama indah yang datang daripada Allah S.W.T .Islam menyeru manusia mengenali Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Perkasa,Allah S.W.T yang berhak disembah.Islam mengajak manusia beribadat kepadaNya,membesarkan Allah S.W.T,memuji dan mengagongkan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T jualah yang mentadbir hidup manusia dan Allah S.W.T jualah yang meredai Islam sebagai agama umat manusia.

Perlu diingat bahawa Islam bukan sahaja dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W bahkan semua Nabi dan Rasul semenjak Nabi Adam a.s hinggalah Nabi Muhammad S.A.W membawa Islam sebagai pegangan hidup manusia.Para Rasul mendakwah manusia kepada Islam,menerangkan kepada manusia akidah yang betul,meletakkan syariat Islam dan mengajar manusia berakhlak mulia dalam kehidupan.

Sehubungan dengan itu setiap manusia yang mengaku beragama Islam, wajib mempunyai akidah yang betul iaitu akidah Islam dimana kita yakin dan percaya Allah S.W.T Tuhan yang sebenar-benar disembah.Allah S.W.T Tuhan yang mentadbir alam,memberi rezeki kepada manusia dan mempunyai sifat-sifat yang wajib bagiNya.Kemudian Islam menyuruh manusia dengan suruhan yang wajib supaya beramal dengan segala peraturan Islam dan berakhlak dengan akhlak Islam.Ini adalah bagi meletakkan manusia itu berada dalam rahmat dan hidayah Allah S.W.T.



*sumber : Buku Islam Agama Yang Indah
oleh Ustaz Mohd Saudi Abdullah

Sabtu, 12 September 2009

DASAR KEBANGSAAN KITA

Wahai Ikhwanul Muslimin!! Marilah kita dengarkan suara Rabbu al-Izzati yang berkumandang ke seluruh bumi dan langit, yang memberikan inspirasi kepada setiap mukmin dengan harakat-harakat yang agung.

Ketika suara ini terdengar di bumi dan di langit melalui suara Muhammad Al-Amin, ternyata suara tersebut tidak pernah berhenti, kerana suara tersebut adalah kalam abadi:

Maksudnya: "Allah Pelindung orang-orang yang beriman...."

Memang benar. Ini adalah panggilan Allah. Lantarannya kami menyambut dengan sambutan labbaik, dan segala puji hanya bagimu ya Allah! Engkau kekasih kaum beriman, dan Engkaulah Penolong para mujahid yang membela hak-hak kaum tertindas dan terusir dari tempat tinggalnya. Muliakanlah kaum yang berlindung kepadaMu, dan menanglah kaum yang minta pertolongan hanya kepadaMu.

Allah berfirman di dalam KitabNya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya.

Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa".
Marilah sama-sama kita mendengar suara Al-Qur'an dan memahami makna yang terkandung di dalamnya. Marilah kita dengarkan:

Maksudnya:"Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman)".

Maksudnya: “Tetapi (ikutilah Allah), Allahlah Pelindungmu, dan Dialah sebaik-baik penolong”.

Maksudnya: "Sesungguhnya penolong kama hanyalah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)".

Maksudnya : "Katakanlah, sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal ”.

Maksudnya : "lngatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak(pula) mereka bersedih hati. Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa".

Maksudnya : "Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah adalah pelindung orang-orang yang beriman dan kerana sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada mempunyai perlindungan”.

Tidakkah saudara lihat dalam ayat-ayat yang nyata ini bahawa Allah menisbahkan saudara kepada dirinya, menganugerahkan kepada saudara keistimewaan perlindungannya dan melimpahkan kepada saudara limpahan keagungannya.

Firman Allah:

Maksudnya: Katakanlah, sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh AIlah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal”.

Maksudnya : "lngatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa”.

Maksudnya : "Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah adalah pelindung orang-orang yang beriman dan kerana sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada mempunyai perlindungan”.
Tidakkah saudara lihat dalam ayat-ayat yang nyata ini bahawa Allah menisbahkan saudara kepada dirinya, menganugerahkan kepada saudara keistimewaan perlindungannya dan melimpahkan kepada saudara limpahan keagungannya.

Firman Allah:

Maksudnya: "Kekuatan itu hanyalah bagi Allah RasulNya dan bagi orang-orang yang beriman, tetapi orang-orang munafiq itu tidak memahami”.
Dalam Hadith Qudsi RasuluLlah telah bersabda: "Pada hari kiamat kelak Allah berfirman; Wahai anak-anak Adam aku jadikan nasab keturunan, kamu iuga mengadakan nasab keturunan, lantas kamu mengatakan pulan bin pulan, dan aku pula mengatakan; sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu ialah mereka yang bertaqwa. Pada hari ini aku saniung nasabku dan ku rendahkan nasab kamu Saudara, oleh kerana inilah para salihin yang terdahulu lebih suka menghubungkan nasab mereka kepada Allah, mereka melakukan perhubungan mereka dan matalamat amal mereka hanya semata-mata untuk
mencapai nasab yang mulia ini, kerana itu kita dengar mereka berkata kepada sahabat mereka:

"Jangankau seru namaku kecuali dengan "Ya 'Abdullah (hamba Allah) sesungguhnya itulah nama yang paling mulia padaku “.
Begitu juga ketika salah seorang dari mereka ditanya adakah ayahnya dari keturunan Tamim atau Qais,beliau terus menjawab: "Ayahku Islam, tiada yang lain bagiku,
Bila mereka bermegah dengan Tamim dan Qais”.

*Sumber : Kemana Kita Menyeru
Oleh: Imam Hassan Al-Banna

Jumaat, 11 September 2009

KEGIATAN MUSLIM YANG SESUAI DENGAN TUJUAN ISLAM

Demi Allah wahai kekasihku! Apakah benar umat Islam mampu mengerti maksud ini sesuai dengan kehendak Al-Qur'an, sehingga jiwa mereka menjadi luhur? Dengan pengertian tersebut, bererti mereka telah diri dari perhambaan kepada kebendaan diri dari segala bentuk kenikmatan yang berdasarkan hawa nafsu. Begitu pula mereka telah bebas dari kongkongan kelazatan hawa nafsu dan syahwat, mereka menjauhi perkara yang sia-sia dan tujuan-tujuan yang rendah dan hina. Mereka hanya membulatkan haluan kepada Allah yang telah menciptakan bumi dan langit, dan berbakti meninggikan Kalimatullah disamping berjuang di jalanNya mendakwahkan agamaNya serta mempertahankan syari'at agamaNya.

Atau apakah mereka menjadi hamba kepada hawa nafsu, mementingkan diri, tamak dan hanya mengingatkan makanan lazat, kenderaan mewah, keindahan perhiasan, tempat tidur empuk dan wanita cantik, serta kemuliaan pangkat? Atau seperti kata sya’ir :
“Mereka rela meninggalkan prinsip dan lari mencari keuntungan. Mereka berpura-pura berjuang, tetapi kenyataannya kosong ”.

Alangkah benarnya perkataan Rasulullah :

"Celakalah hamba dinar, celakalah hamba dirham, dan celakalah hamba harta benda dunia".

*Sumber : Kemana Kita Menyeru
Oleh: Imam Hassan Al-Banna

Khamis, 10 September 2009

TUJUAN HIDUP MENURUT ALQURAN

Al-Qur'an sebenarnya telah memberikan penjelasan kepada kita tentang tujuan hidup dan sasaran yang harus dicapai di dalam hidup ini. Dengan tegas Al-Qur'an telah memberikan tanggapan kepada kehidupan manusia yang hanya mementingkan soal makan dan minum (kenikmatan duniawi) sepertimana firman Allah:

Maksudnya: "Dan orang-orang yang kafir itu bersenang- senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka”.
Demikian juga Al-Qur'an memberi penjelasan bagi umat manusia yang sibuk mencintai kebendaan yang fana:

Maksudnya: "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu:

wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)''.
Al-Qur'an juga menjelaskan perilaku umat manusia yang suka menyebarkan fitnah dan memaparkan kejelekan serta membuat kerosakan di atas muka bumi:

Firman Allah:
Maksudnya: "Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari mukamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak dan Allah tidak menyukai kebinasaan ". Itulah antara tujuan yang lumrah dikejar oleh umat manusia di dalam kehidupan di dunia. Semoga Allah membebaskan kaum yang beriman dari perbuatan tersebut itu. Dan semoga Allah menganugerahkan tugas yang lebih mulia dari seluruh perbuatan seperti itu. Yakni tugas memberi petunjuk kepada umat manusia, membimbing kepada kebaikan dan memakmurkan dunia dengan risalah Islam, seperti seruan Allah di dalam kitabNya:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orangorang
muslim dari dahulu, dan (begitu pala) dalam (Al-Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi ~aksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kama pada tali Allah.

Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong ':
Berdasarkan penjelasan dari ayat di atas, Allah telah memberikan ruang yang begitu luas kepada umat Islam agar membimbing umat manusia ke jalan yang benar. Begitu juga Al-Qur'an memberikan hak menguasai bumi di dalam rangka melaksanakan segala suruhan Allah yang luhur itu. Justeru itu hak kepimpinan dan peradaban di dunia ini mutlak menjadi milik umat Islam, dan bukannya peradaban Barat.

*Sumber : Kemana Kita Menyeru
Oleh: Imam Hassan Al-Banna

Selasa, 8 September 2009

Enam Pegangan

1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.

2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.

3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahankan penderitaan dan kepapaan.

4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada Mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.

5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.

6. Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan Cita dan Agama.

Inilah perutusanku kepada saudara-saudara para Mujahidin didalam “Ikhwan Muslimin” yang beriman kepada kemuliaan Dakwah mereka, beriman kepada kesucian Fikrah (Falsafah Hidup) mereka, dan sungguh sungguh berazam hendak sehidup dan semati dengan Dakwah serta Fikrah mereka: kepada hanya saudara saudara tertentu inilah sahajalah saya mengemukakan kata-kata yang rengkas ini iaitu kata-kata
yang herupa arahan-arahan (directives) yang mesti ditunaikan bukan mata pelajaran yang dihafadz dibibir mulut. Oleh itu marilah segera kearah “bekerja” wahai saudara saudara Saduqun, dan segala amalan kamu itu akan dibuktikan oleh Allah, RasulNya, dan oleh orang-orang Mukminin, dan kamu sekalian akan dikembalikan kelak kepada Tuhan Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi dan yang nyata lalu
diterangkannya kepada kamu apa-apa yang telah kamu “Kerjakan”.

Sebenarnya: “ini ialah jalanku yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutnya dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan yang lain kelak dikelincungkannya kamu dan jalan Allah; itulah amanat yang diwasiatkan nya kepada kamu mudah-mudahan kamu terpelihara.”
Adapun selain dan para “Mujahidin” tadi, maka untuk mereka sudah pun ada berbagai-bagai pelajaran, ceramah, kitab, rencana tulisan, tanda lambang, Jabatan, dan masing-masing dengan kesanggupannya, maka berlumba-lumbalah ke arah kebajikan sedang Allah menjanjikan kebaikan kepada setiap pihak.

*Sumber : Usrah & Dakwah
Oleh : Al-Imam Hassan Al-Banna

Ahad, 6 September 2009

Tanggungjawab Muslim...

Allah telah menyimpulkan tanggungjawab seorang muslim dalam beberapa ayat Al Qur'an, setelah itu Allah mengulanginya dalam beberapa ayat yang lain. Ayat yang merangkumi tanggungjawab muslim dalam hidup ini ialah firman Allah:

Maksudnya : “Hai orang- orang yang beriman, ruku'lah, sujudlah, sembahlah tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benamya. Dia telah memilih kamu dan dia tidak menjadikan untukmu suatu kesempitan dalam agama. Agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekelian orang-orang muslim dari dahulu dan (begitu) pula dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya
kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Kerana itu dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah pada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, maka dialah sebaik-baik pelindung dan penolong”.

Firman Allah ini amat jelas, tidak mengandungi sebarang kekeliruan dan kesamaran. Demi Allah, dalam firman ini terselit satu kemanisan, padanya terjelma keindahan, terang seperti sinar pagi, jelas seperti cahaya, memenuhi telinga, menusuk ke dalam hati tanpa minta izin. Tidaklah orang Islam mendengarnya sebelum ini? Atau mereka mendenganya tetapi hati mereka terkunci sehingga mereka tidak menyedari dan tidak mengambil pengajaran. Allah memerintahkan orang-orang Islam ruku' dan sujud, memerintah mereka mendirikan sembahyang yang menjadi intipati dari segala ibadat, tiang agama dan lahiriah yang paling nyata. Memerintah mereka supaya menyembah Allah, tidak menyengutukannya dengan sesuatu. Memerintah mereka melakukan
kebajikan sekadar kemampuan mereka.

Sewaktu memerintah mereka melakukan kebajikan, Allah melarang mereka dari kejahatan. Awal-awal kebajikan yang dapat saudara lakukan ialah dengan meninggalkan
kejahatan. Alangkah ringkas dan berertinya. Setelah itu Allah menjamin pula kejayaan, kemenangan dan kelulusan untuk mereka. Inilah tanggungjawab tiap-tiap muslim yang wajib dilakukannya secara bersendiri atau secara berjama'ah.

*Sumber : Kemana Kita Menyeru
Oleh: Imam Hassan Al-Banna

Ya Rasullullah ...

Ya Rasulullah! Entah bagaimana cantik rupa parasmu, kami merinduimu...... menantimu, agar hadir di dalam mimpi kami..........walau seketika.
Ya Rasulullah! Pahit getir perjuanganmu, susah payahmu, luka berdarah di tubuhmu, di Taif, di Uhud............... diasak di dalam Ahzab......... batu bersusun di perutmu, namun jihad tidak pernah padam.
aaaah! masakan kami layak bertemumu di dalam mimpi............... kami bakhil untuk bersolawat ke atasmu, mengaku pejuang Islam, tapi............ banyak takut dari berani, banyak kenyang dari berlapar, banyak tidur dari tahajjud............. Hati bersalut noda dan dosa, jiwa kotor, cakap kotor. Namun, jauh di sudut hati ini, kerinduan ini tak dapat dibendung lagi.

Belajar Ilmu Ikhlas

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"


Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."


Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.


"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.


Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.


"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.


Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Sumber : www.iluvislam.com
Oleh: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Editor:NuurZaffan