Ahad, 25 Oktober 2009

Tidur Dan Kesan Kepada Kehidupan



Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah
bersabda:

“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur
sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika
mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia
sedang mencaci dirinya sendiri.”

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti
amal serta produktiviti seseorang.

Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti

Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur.
Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah
yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk
mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran
(insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada
manusia dan ekonominya.

Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa
100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan
masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.
(Dr. Stanley Coren; ‘Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,’
Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah
melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan
kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid)

Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur
akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.

(Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of snoozing’)

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan
mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman,
disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah
dilapurkan di dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999.

(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan
agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik.
Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang, di antaranya, tidak
mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah
menegurnya dengan berkata:

“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke
atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan
Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (Bukhari

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia
adalah hak badan yang perlu ditunaikan.
Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid
dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda
diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut
kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan
arahan:

“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika
dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur.” (Bukhari-Muslim)
Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang
berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara
produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.
Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk
mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa. Tidur

Siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya
sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah
yang pernah dilakukan oleh Nabi:
“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada
melakukannya.”
Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata:
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya
membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.
Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.”
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai
sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

*sumber : E-Book Tazkhirah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan