Jumaat, 2 Oktober 2009

7 Penyakit Hati


Rasullullah s.a.w bersabda :

"Sesunggunya didalam diri manusia ada sebuah jasad.
Jika ia baik,akan baik seluruh amal manusia.
Jika ia rosak, akan rosak seluruh amalnya.
Ketahuilah,ia adalah HATI."
(Hadith Riwayat Ahmad)


Hati adalah tempat bersemayam segala perasaan; suka, duka, cinta, benci, marah, buruk sangka, ingin dipuji dan sebagainya. Perasaan-perasaan ini bergolak dan berubah sangat cepat didalam hati. Jika hati dikuasai oleh perasaan positif, amal yang lahir adalah kebaikan. Namun, jika ia dikuasai oleh perasaan negatif, amal yang lahir adalah keburukan.

Tujuh penyakit hati :

1. Membanggakan diri (al-'ujub)
2. Terpedaya dengan perasaan sendiri (al-ghurur)
3. Sombong atau bongkak (al-takabbur)
4. Suka menunjuk-nunjuk (al-riya')
5. Buruk sangka (su' al-zhann)
6. Kikir (al-syuhh)
7. Dendam (al-hiqd)

1 ulasan:

  1. terima kasih...
    selamat hari raya ...
    maaf zahir & batin dari sy...
    Semoga anda juga senantiasa berada didalam rahmatNya...

    BalasPadam